• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA: Malaysia Tewas Kepada Vietnam 1-5

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA mengalami kekalahan pertama pada saingan Sukan SEA 2015 selepas tewas 5-1 kepada Vietnam pada aksi kedua kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, malam ini.

Kemenangan kedua diraih anak didik kendalian Toshiya Miura itu menyaksikan Vietnam merampas kedudukan teratas kumpulan B daripada Thailand menerusi perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan berkongsi enam mata selepas dua perlawanan.

Pada aksi malam ini, Malaysia berpeluang membuka tirai jaringan seawal minit kedua perlawanan, namun sepakan percuma diambil D. Saarvindran berjaya ditepis keluar penjaga gol Vietnam, Phi Minh Long.

Vietnam, yang melakar kemenangan selesa 6-0 ke atas Brunei pada aksi pembukaan, Jumaat lepas, akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-11 namun jaringan Vo Huy Toan dibatalkan pengadil, Al Khudhayr Turki dari Arab Saudi kerana pemain tersebut dikatakan berada pada kedudukan ofsaid.

Kesilapan pemain negara menjatuhkan pemain lawan mengundang padah apabila Vietnam dihadiahkan sepakan penalti oleh Al Khudhayr dan Mac Hong Quan yang diamanahkan mengambil sepakan penalti berkenaan, tenang untuk menewaskan penjaga gol negara, Mohd Farhan Abu Bakar.

Gol berkenaan terus membakar semangat pemain yang berjaya menambah jaringan kedua pada masa tambahan separuh masa menerusi Nguyen Cong Phuong yang menyudahkan hantaran Ho Ngoc Thang, sekali gus menceriakan hampir 1,300 penyokong mereka yang membanjiri venue perlawanan.

Bersambung babak kedua, Vietnam meneruskan asakan dan berjaya menambah gol ketiga menerusi Huy Toan yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47 selepas Mohd Farhan menjatuhkan pemain lawan di dalam kotak penalti.

Cong Phuong menambah derita Malaysia menerusi jaringan peribadi kedua pada minit ke-53 menerusi sepakan percuma yang berjaya menewaskan Mohd Farhan.

Pemain gantian skuad negara, Syahrul Azwari Ibrahim menghadiahkan gol saguhati Malaysia pada minit ke-78 sebelum pemain gantian, Nguyen Van Toan mengesahkan kemenangan selesa pasukan Vietnam dengan jaringan kelima, selang seminit kemudian.

Malaysia sebelum ini mengalahkan Timor Leste 1-0 pada aksi pembukaan kumpulan B di venue yang sama, Sabtu lepas dan mereka dijadual berdepan Thailand yang merupakan juara bertahan pada aksi ketiga, Khamis ini. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd