• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tukar Pengakuan, Tak Mengaku Pula Bancuh Susu Bayi Dengan Air Syabu

oleh Mohd Arshad
13/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Ibu Tukar Pengakuan, Tak Mengaku Pula Bancuh Susu Bayi Dengan Air Syabu
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Seorang ibu yang sebelum ini mengaku menganiaya bayi lelaki berusia 16 bulan dengan memberi susu dibancuh dengan dadah, menukar pengakuan kepada tidak bersalah ketika kes disebut semuka di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Suri rumah berusia 34 tahun mengubah pengakuannya ketika prosiding sebutan semula untuk fakta kes dan hukuman di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Suami wanita itu berusia 40 tahun kekal dengan pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan semula hari ini.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu secara bersama didakwa melakukan penganiayaan terhadap bayi mereka dengan memberi susu bercampur dengan air yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine (syabu) sehingga menyebabkan bayi itu mengalami “allegedsympathomimetic drug ingestion.”

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Taman Medan di sini jam 6 petang pada 19 Februari lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berikutan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin kemudian memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi sebutan semula kes dan laporan perubatan penuh.

Ketika prosiding hari ini, peguam bela, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, mewakili tertuduh wanita, manakala peguam bela, Adi Zulkarnain Zulkafli mewakili tertuduh lelaki tidak membantah berhubung tarikh baharu bagi sebutan semula kes.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Mei ini bagi sebutan semula kes kedua-dua tertuduh selain status laporan perubatan pada tarikh yang sama.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan dan tidak boleh mengganggu saksi-saksi sehingga kes selesai.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi lelaki dikejarkan ke hospital selepas ibunya membancuh susu bayi menggunakan cecair syabu dalam kejadian di Taman Medan di sini.

Siasatan awal polis mendedahkan kejadian malang menimpa bayi terbabit disedari ketika dia dihantar untuk jagaan neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan.

-Berita Harian

Tags: Kes Bancuh Susu Bayi Dengan Air Syabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd