• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Kanak-kanak Antara 19 PATI Ditahan Dalam Ops Sapu

oleh Mohd Arshad
12/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Warga Emas Dituduh Bunuh Abang, Kakak Ipar Guna Sabit Sawit
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk lima kanak-kanak ditahan dalam Ops Sapu/Kutip yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan di sekitar bandar Kota Bharu dan Machang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Imigresen Kelantan, Mohd Faizal Shamsudin berkata, mereka yang ditahan dalam operasi dua hari itu membabitkan warga Myanmar, Bangladesh, Kemboja, Mesir, Pakistan dan Syria.

Menurut beliau, warga asing dewasa berusia antara 19 hingga 50 tahun manakala kanak-kanak pula antara tujuh hingga 12 tahun.

“Pemeriksaan ke atas kesemua mereka mendapati tiada dokumen sah dan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen1963,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Beliau memberitahu, operasi yang bermula jam 8 pagi 10 Mac hingga 4 pagi 11 Mac dilaksanakan di pasar raya di Kota Bharu dan beberapa kedai runcit di Kampung Perol.

“Operasi di daerah Machang pula membabitkan beberapa buah rumah pekerja ladang di Temangan dan rumah teres di sekitar kawasan berkenaan,” katanya lagi.

Mohd Faizal memberitahu, tindakan dilakukan hasil risikan bahagian penguat kuasa.

“Kesemua warga asing dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat mengenai PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat melindungi PATI,” katanya.

SinarHarian-

Tags: JIMkanak-kanakOps SapuPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd