• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Kecantikan Bernilai RM75,000 Ditemui

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menemukan 1,500 botol produk kecantikan bernilai kira-kira RM75,000 di pangkalan haram Roda, Rantau Panjang pada Khamis lepas.

Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan, Mejar Zainuddin

Che Am berkata, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, sepasukan anggota yang menjalankan rondaan telah terserempak dengan seorang lelaki yang berusia lingkungan 20-an sedang membawa beberapa bungkusan yang mencurigakan.

“Anggota kita cuba menahan lelaki itu, tetapi suspek melarikan diri dan meninggalkan bungkusan yang dibawanya.

“Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan tersebut membawa kepada penemuan 1,500 botol produk kecantikan yang dikenali dengan nama ‘V-C Injection’ dan produk ini tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Pos Jeram Perdah di sini, hari ini.

Beliau berkata produk berkenaan dipercayai cuba dibawa masuk untuk dijual di pasaran tempatan dengan harga RM50 sebotol.

Selain itu, Zainuddin berkata ATM turut menemukan daun ketum seberat 13 kilogram semasa meronda di pangkalan haram itu pada 6 pagi semalam, namun suspek telah melarikan diri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya sentiasa memantau serta melakukan kawalan yang ketat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelak kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati).

“Kita bekerjasama dengan agensi lain dengan membuat rondaan yang lebih kerap di lokasi panas laluan Pati. Kita juga tidak akan berkompromi jika terdapat orang ramai yang bersubahat dengan sindiket ini.

“Harapan saya agar penduduk di kawasan sempadan memberi kerjasama yang baik supaya kita dapat melaksanakan tugas memerangi kemasukan Pati ke dalam negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Produk Kecantikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

17/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis menahan pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak...

Matt Kuwata Bertukar Jadi Anak Patung ‘Orang Putih’

23/02/2019
0

KEBANYAKANNYA mengenali model dan selebriti Matt Kuwata sebagai anak lelaki kepada pemain legenda bola keranjang di Jepun, Masumi Kuwata. Namun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd