• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda Malaysia Perkemas Operasi Di Sabah, Sarawak

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengumumkan pembinaan Pusat Pengedaran Berpusat Malaysia Timur (hab logistik) di Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan media memberitahu, kewujudan hab logistik itu sebahagian daripada rancangan perkembangan Honda Malaysia di Sabah dan Sarawak.

“Hab logistik di Sabah dan Sarawak itu dijangka memudahkan aktiviti dan operasi perniagaan Honda Malaysia di kawasan tersebut. Tempoh penghantaran kenderaan kepada pengedar Honda di Sabah dan Sarawak dapat dipendekkan daripada sembilan kepada tiga hari.

“Kualiti kenderaan Honda yang dihantar kepada peniaga juga lebih terpelihara . Sebelum ini syarikat mengalami isu-isu kerosakan dan calar kecil pada kenderaan kerana hal pengangkutan logistik,” kata kenyataan itu hari ini.

Honda Malaysia turut memaklumkan dalam proses mewujudkan pejabat serantau, kemudahan latihan dan gudang alat ganti di Sabah dan Sarawak untuk kemudahan pengedar dan pembeli Honda.

Menurut kenyataan itu, jualan kenderaan Honda di pasaran Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan dari dua kepada tiga peratus di Sabah dan tiga hingga lima peratus di Sarawak.

“Pasaran timur Malaysia menyumbang 5.6 peratus kepada keseluruhan Honda Malaysia pada tahun 2014,” kata kenyataan itu.

Honda Malaysia turut memaklumkan jualan bagi Januari hingga April ini sebanyak 1,617 unit iaitu peningkatan sebanyak 45 peratus daripada 1,116 bagi tempoh sama tahun lalu.

“Honda Malaysia menyasarkan penjualan sebanyak 600 unit sebulan di timur Malaysia sehingga tahun 2015,” kata kenyataan itu. – Mynewshub.cc

Tags: Honda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd