• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Hantar Unit Udara Bantu Operasi Pindah Mayat

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar satu unit pasukan udara bagi membantu operasi membawa keluar mayat yang dipercayai mangsa aktiviti sindiket pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma bersempadan dengan Thailand.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata sejak seminggu yang lalu pasukan itu digerakkan bagi membantu memindahkan dan mengeluarkan mayat serta rangka tersebut.

Katanya sebuah helikopter turut dibekalkan bagi membawa keluar rangka mayat berkenaan.

“Bermula minggu lalu kami telah mengarahkan satu unit udara bersama sebuah helikopter bagi membawa keluar kesemua mayat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pentauliahan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai di sini hari ini.

Soiman berkata pegawai dan anggotanya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi melicinkan operasi mengeluarkan kesemua mayat berkenaan.

Sebelum ini polis menemui 28 kem pemerdagangan manusia dan 139 kubur besar dipercayai milik pelarian Rohingya yang cuba memasuki Malaysia dengan cara tidak sah yang didalangi sindiket melibatkan dua negara. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd