• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pegawai SPRM Hubungi Wan Saiful

oleh Mohd Arshad
29/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Pegawai SPRM Hubungi Wan Saiful
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan tiada pegawainya yang menghubungi Datuk Wan Saiful Wan Jan selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu membuat pendedahan mengenai pujukan supaya menyokong Perdana Menteri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Azam berkata, beliau sendiri membuat pemeriksaan berhubung dakwaan itu tetapi mendapati tiada pegawainya yang bertindak sedemikian.

Beliau berkata, individu yang menghubungi Wan Saiful itu berkemungkinan ialah pihak yang mengaku pegawai SPRM.

“Saya sudah ‘check’ dengan pegawai saya, tiada pegawai SPRM yang menghubunginya semalam. Ia mungkin orang lain yang mengatakan dia adalah daripada SPRM,” katanya ditemui selepas Majlis Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, Wan Saiful seharusnya bertemu SPRM atau membuat laporan di balai polis berhampiran supaya siasatan dapat dijalankan dengan terperinci berdasarkan maklumat yang ada pada ahli politik itu.

Semalam Wan Saiful mendakwa, beliau mendapat mesej daripada pegawai SPRM minta beliau menghubunginya susulan pendedahan di Parlimen mengenai ajakan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Terdahulu, Wan Saiful ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat mendakwa diugut supaya menyatakan sokongan kepada Anwar.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, beliau turut mendakwa ditawarkan habuan sebagai balasan antaranya peruntukan wakil rakyat bernilai RM1.7 juta serta pengguguran pertuduhan kes di mahkamah.

-Berita Harian

Tags: pegawai SPRMSPRMWan Saiful
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd