• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

oleh Mohd Arshad
26/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
2 Pekerja Pusat Karaoke Didenda RM10,000 Tinggal Lebih Masa
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan menjalankan siasatan terhadap anggota juruiring bermotosikal yang menahan aliran trafik membabitkan kenderaan berat secara tiba-tiba.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah mengarahkan JIPS untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah menyerahkan kes berkenaan kepada Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Justeru, Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi JIPS akan menjalankan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Kejadian itu tular selepas satu klip video berdurasi 35 saat dipercayai rakaman kamera papan pemuka kenderaan berat berkenaan dimuat naik di media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan juruiring terbabit sebagai berbahaya memandangkan kenderaan berat secara amnya memerlukan jarak sesuai untuk memberhentikan kenderaan.

Tindakan memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya atau lebih parah berlaku kematian.

Berdasarkan tarikh pada rakaman, kejadian dipercayai berlaku pada Selasa lalu di susur keluar sebuah lebuh raya.

Video berkenaan yang dikesan tular sejak Jumaat kini sudah mencecah jutaan jumlah tontonan di media sosial.

SinarHarian-

Tags: JIPSjuruiringkenderaan berat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakan Operasi Penguatkuasaan Besaran Ke Atas Kenderaan Berat

Adakan Operasi Penguatkuasaan Besaran Ke Atas Kenderaan Berat

24/12/2024
0

Kuala Lumpur : Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) mendesak supaya operasi besar-besaran termasuk Road Safety Audit dilakukan segera secara...

JPJ Kuatkuasa Larangan Kenderaan Berat Lalui Jalan Utama Di KL

03/06/2022
0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan melibatkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd