• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengemis Kaya Miliki Proton X70

oleh Mohd Arshad
22/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Dipenjara, Denda Guna Kad Pengenalan Palsu Kerja Sebagai Guru Sejak 29 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Hanya berbekal ‘muka simpati’, seorang lelaki menyara hidup dengan hasil mengemis hingga mampu membeli sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kegiatannya terbongkar selepas operasi membanteras aktiviti pengemis yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran di pasar malam Sri Jaya, Maran, Pahang, semalam.

Menurut agensi itu, pihaknya mengesan lelaki tempatan berpakaian jubah dan kopiah di pasar malam itu menjalankan aktiviti mengemis.

“Dari jauh kelihatan seorang lelaki berdiri di celah payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas, meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

“Kedua-dua tangan lelaki terbabit kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal. Pegawai penguat kuasa JKM Maran menghampiri lelaki itu dan bertanyakan tujuannya meminta sedekah, namun pertanyaan tidak dijawab,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu juga kelihatan seperti individu pekak dan bisu dengan pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat kepingan wang kertas di dalam begnya, dipercayai hasil sedekah pengunjung pasar malam itu.

“Berkali-kali pihak JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi tetapi tidak mendapat respons daripada lelaki itu,” katanya.

Selepas didesak akhirnya lelaki itu bersuara dan memaklumkan dia bukanlah pekak atau bisu, sebaliknya orang kurang upaya (OKU) fizikal iaitu kedua tangan tidak normal, manakala kad pengenalannya diletakkan dalam kenderaan.

“Penguat kuasa JKM mengekori lelaki itu ke keretanya dan mendapati individu yang hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan diri, memandu sebuah Proton X70 Premium.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki itu tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk mengemis. Semakan turut mendapati lelaki itu menerima Elaun Pekerja OKU daripada JKM sebanyak RM450 sebulan sejak 2001,” katanya.

Menurut JKM Maran, ketika disoal lanjut penguat kuasa, lelaki itu mengaku bahawa kenderaan terbabit adalah miliknya dan mampu mengutip RM500 hasil mengemis bagi tempoh empat hingga enam jam di pasar malam.

“Lelaki terbabit kemudian dilepaskan dengan amaran oleh penguat kuasa JKM,” katanya.

HarianMetro-

Tags: kayapengemisProton X70
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengemis Ludah Cermin Kereta Pemandu Enggan Beri Wang

Pengemis Ludah Cermin Kereta Pemandu Enggan Beri Wang

17/08/2023
0

JAKARTA – Seorang pengemis cuba bersikap samseng dengan meludah cermin hadapan sebuah kereta selepas pemandu enggan memberikannya wang, lapor program...

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

18/11/2022
0

Sukar untuk menafikan Perikatan Nasional (PN) tampak seolah-olah begitu banyak dana untuk berdepan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd