• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

41 Pendatang Lolos Berjaya Ditahan Semula

oleh Mohd Arshad
04/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tergoda Skim Pelaburan Di Laman Sosial, Ahli Perniagaan Rugi RM688,300
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Dua lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Sabtu, berjaya diberkas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah warga asing yang berjaya ditangkap setakat ini seramai 41 orang.

“Dalam operasi hari ketiga semalam, kita berjaya menahan dua etnik Rohingya itu berjaya ditangkap di kawasan pedalaman Tapah.

“Kedua-dua pelarian itu berjaya ditangkap atas maklumat awam di Kampung Ampang, Kuala Woh, Tapah sekitar jam 8.40 malam,” katanya di sini pada Ahad.

Menurut beliau, Op Kesan diteruskan bagi mengesan baki 89 pelarian yang dipercayai masih berada di hutan sekitar Tapah dan Bidor selain bersembunyi di kawasan kampung.

Media melaporkan seramai 131 warga asing melarikan diri dari blok lelaki depot itu merangkumi 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Bagaimanapun, seorang daripada tahanan berkenaan maut selepas dilanggar kenderaan ketika cuba melarikan diri.

Usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan termasuk melalui bantuan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta JSJ Bukit Aman dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) turut memaklumkan pengoperasian depot berkenaan kini ditutup sementara bagi membolehkan operasi mengesan saki-baki tahanan yang melarikan diri dilaksanakan sepenuhnya.

SinarHarian-

Tags: ditahanpendatang lolos
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd