• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarjan Direman Bantu Siasatan Satu Lagi Kes Rogol

oleh Mohd Arshad
02/02/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
100 Lagi Anggota Ditambah Bantu Gerakan Buru Tahanan Lolos Depoh Imigresen
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH – Anggota polis berpangkat sarjan yang sebelum ini ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat sekali lagi direman di Mahkamah Majistret Batu Gajah pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Juraidah Abbas membenarkan permohonan reman selama satu hari terhadap lelaki berusia 42 tahun itu bagi membantu siasatan terhadap satu lagi kes rogol.

Reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju gelap dan berpelitup muka tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 8.30 pagi sebelum keluar dua jam kemudian dengan menaiki van polis.

Sementara itu, peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid ketika ditemui pemberita memaklumkan tempoh itu diberikan berikutan anak guamnya telah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan yang dijalankan polis.

Pada 28 Januari lalu, anggota polis yang bertugas sebagai timbalan ketua balai itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dan direman sehingga Khamis.

Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar berusia 16 tahun mendakwa dirinya dirogol anggota polis berpangkat sarjan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Oktober 2023.

SinarHarian-

Tags: Diremankes rogolSarjan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Sarjan AS Disiasat Kerana Kongsi Hantaran Anti-Israel Di Media Sosial

Sarjan AS Disiasat Kerana Kongsi Hantaran Anti-Israel Di Media Sosial

05/12/2025
0

Sarjan AS Disiasat Kerana Kongsi Hantaran Anti-Israel Di Media Sosial

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd