GAMBAR transformasi Bruce Jenner yang menukar jantinanya kepada wanita serta mahu dipanggil Caitlyn Jenner mendapat perhatian ramai orang.
[BRUCE SELESAI TRANSFORMASI JADI WANITA, “PANGGIL SAYA CAITLYN”]
Kemunculannya sebagai wanita buat kali pertama sambil berkongsi kisah hidupnya, turut mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
It takes courage to share your story. https://t.co/Q7wWjV9Rxx
— Barack Obama (@BarackObama) June 1, 2015
“Ia memerlukan keberanian untuk berkongsi cerita anda,” tulis Presiden itu kepada Caitlyn di laman makro Twitter.
Perubahan Caitlyn mendapat sokongan dan galakan daripada orang ramai termasuk keluarganya sendiri malah  dia kini menewaskan Barack Obama untuk rekod akaun Twitter individu yang paling cepat berkembang selepas meraih 1 juta pengikut dalam masa beberapa jam sahaja.
Sementara itu ibu kepada Caitlyn, Esther memberitahu dia tetap akan memanggilnya dengan nama Bruce kerana dia dan suami telah memberikan nama itu.
“Saya tetap akan memanggilnya Bruce, bapanya dan saya berikan nama itu, ianya sukar bagi saya untuk terima perubahan ini namun saya bangga dengannya,” kata wanita berusia 88 tahun itu.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt



