• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarjan Mejar Tampar Orang Awam Ditukar Ke Unit Lain

oleh Mohd Arshad
14/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sarjan Mejar Tampar Orang Awam Ditukar Ke Unit Lain
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Sarjan mejar polis yang didakwa melakukan kekerasan terhadap lelaki di tempat awam sudah dipindahkan sementara menunggu siasatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota bertanggungjawab ke atas balai polis Sri Gading itu ditukar ke unit lain dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Katanya, unit berkenaan tidak memerlukan anggota itu berurusan dengan orang awam.

“Ini adalah langkah sementara yang kami ambil. Tindakan sewajarnya akan dikenakan jika siasatan membuktikan pembabitannya (dalam kes itu),” katanya ketika dihubungi New Straits Times semalam.

Media sebelum ini melaporkan polis menyiasat video tular individu dipercayai sarjan mejar polis yang didakwa melakukan kekerasan terhadap lelaki di tempat awam.

Kamarul Zaman berkata, tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi.

Beliau turut dilapor menggesa saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

-Harian Metro

Tags: Kes Tampar Orang AwamSarjan Mejar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Berulat Ditemui Dalam Kereta

Polis Siasat Sarjan Mejar Tampar Orang Awam

12/01/2024
0

Johor Bahru: Polis akan menjalankan siasatan susulan video tular di media sosial memaparkan seorang individu dipercayai anggota polis berpangkat Sarjan...

Sarjan Mejar Hadapi 24 Tuduhan Rasuah

Sarjan Mejar Hadapi 24 Tuduhan Rasuah

20/10/2022
0

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar mengaku tidak bersalah atas 24 pertuduhan menerima wang di Mahkamah Sesyen Kuantan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd