• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa apabila seorang penumpang melahirkan bayinya di balai menunggu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), pasukan Aviation Security (AVSEC) dan Pengurusan Pengalaman Pelanggan (CEM) bertindak pantas untuk membantu wanita terbabit ketika kejadian.

Jelasnya, pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Medilife Paramedic turut dipanggil untuk memberi rawatan serta pemeriksaan lanjut.

“Ibu dan anak comel itu kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan pemantauan yang lebih rapi.

“Syabas kepada AVSEC, CEM, Jabatan Perkhidmatan Terminal KKM, Medilife Paramedic dan lain-lain atas tindakan pantas dan efisyen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, Khamis lalu.

Sebelum ini, hantaran itu mendapat lebih 1,000 tanda suka dan 104 komen daripada warganet yang memuji kecekapan kakitangan di lapangan terbang termasuk semua pihak yang terlibat dalam memberi bantuan.

Pengguna Facebook, Nur Hanim Ayub berkata, wanita berkenaan mungkin menghantar orang sahaja dan bukan mahu menaiki ‘flight’ serta bersyukur semuanya sudah selamat.

Sementara itu, Tok Gajah OwLaholic menyifatkan KLIA mendapat cucu susulan insiden itu.

“Tahniah AVSEC Avengers.. serba boleh anggota KLIA ni… Malaysia Airports dapat cucu dah,” tulisnya.

SinarHarian-

Tags: bayiKLIApenumpang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

21/10/2026
0

SEPANG – Unit anjing pengesan (K9) akan mula ditempatkan di beberapa lokasi strategik dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan dua individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd