• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerani Hadapi 133 Tuduhan Pecah Amanah

oleh Mohd Arshad
28/12/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Banjir: 28,032 Mangsa Banjir Di Lima Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown: Wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 133 pertuduhan pecah amanah membabitkan sejumlah RM445,815 ketika berkhidmat sebagai kerani syarikat penguji ketulenan emas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Teh Ya Ling, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.

Dia didakwa melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang milik syarikat ke akaun peribadinya untuk kegunaan sendiri di premis syarikat di Jalan Sungai, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu menerusi 133 transaksi pemindahan wang ke dalam akaun bank RHB miliknya melibatkan nilai serendah RM500 hingga RM30,000, antara 18 Oktober 2019 hingga 31 Mei 2021.

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong, manakala tertuduh diwakili peguam, Teoh Kung Yu.

Terdahulu, pendakwaan menawarkan jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan kepada tertuduh, mengambil kira jumlah kerugian wang dihadapi syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh merayu anak guamnya dikenakan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan atau RM150 setiap pertuduhan, mengambil kira gaji hasil bekerja kerani ketika ini hanya RM2,800 sebulan.

Kata peguam itu, anak guamnya akan diikat jamin bapa yang berusia 81 tahun menggunakan wang simpanan persaraan dan tertuduh juga tidak mempunyai rekod jenayah selain bersedia mematuhi segala syarat tambahan.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 bagi setiap pertuduhan, membabitkan jumlah keseluruhan RM66,500 dengan seorang penjamin.

Sharmila turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai dan menetapkan 9 Februari untuk sebutan semula kes.

HarianMetro-

Tags: keranipecah amanahtuduhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 di ibu negara hari ini kecoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd