• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Mastura Diarah Fail Pembelaan Saman 3 Pemimpin DAP

oleh Mohd Arshad
19/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siti Mastura Diarah Fail Pembelaan Saman 3 Pemimpin DAP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di Georgetown hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, menjawab tuntutan saman tiga pemimpin DAP terhadapnya, sebelum atau pada 11 Januari tahun depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pada 27 November lalu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang; serta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, memfailkan saman secara berasingan terhadap Siti Mastura berhubung ucapannya pada ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman pada bulan sama.

Peguam, Datuk S N Nair yang mewakili ketiga-tiga plaintif itu, ketika dihubungi pemberita berkata Penolong Kanan Pendaftar, Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin, memerintahkan sedemikian pada prosiding pengurusan kes secara e-review, hari ini.

Beliau berkata, mahkamah turut mengarahkan anak guamnya memfailkan jawapan kepada pembelaan itu sebelum atau pada 26 Januari tahun depan.

Katanya, mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes lanjut pada 9 Februari tahun depan.

Ketiga-tiga plaintif itu turut diwakili peguam, Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin, manakala peguam, Mohamad Hakim Faharmi Hassan, mewakili Siti Mastura selaku defendan.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif itu mendakwa Siti Mastura mengeluarkan kenyataan mendakwa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan ketuanya, Chin Peng, serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Plaintif mendakwa bahawa dalam ceramah pada 4 November lalu, defendan membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada mereka, iaitu mereka didakwa mempunyai hubungan dengan PKM, menyokong dan mengamal serta menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

Ketiga-tiga ahli politik itu mendakwa bahawa dakwaan defendan adalah tidak berasas, palsu dan berniat jahat kerana sengaja mengaitkan mereka dengan PKM serta Chin Peng.

Kesemua plaintif itu mendakwa, tindakan defendan jelas sekali didorong tipu muslihat untuk mendapatkan publisiti bagi menaikkan imej parti politik defendan.

Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan sama.

-Berita Harian

Tags: Fail Pembelaan SamanPemimpin DAPSiti Mastura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Pertahan Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Pemimpin DAP Pertahan Festival Muzik Air Rain Rave 2026

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin DAP tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Tiong King Sing susulan kontroversi penganjuran...

3 Penjawat Awam Ditahan Kes Kurung, Peras Wartawan

Dakwaan Fitnah Guan Eng, Siti Mastura Ke Bukit Aman Esok

13/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Proses mengambil keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad berkait dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd