• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-22 Dipinda

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Artis
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada November atau Disember tahun ini ditunda kepada Mei atau Jun 2016 berikutan banyak acara anugerah lain turut berlangsung dalam tempoh tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim berkata, Ahli Majlis RIM membuat keputusan itu bagi membolehkan penganjuran AIM menjadi lebih eksklusif dalam tempoh yang lebih menonjol bagi anugerah tersebut.

“Sejak tahun 2011, AIM dijadualkan diadakan setiap tahun dalam tempoh November/Disember yang kebetulan juga tempoh yang sama di mana banyak acara anugerah hiburan dalam negara juga turut dianjurkan.

“Dengan mengubah tarikh anugerah AIM dari tempoh yang sering dilihat dalam industri hiburan sebagai musim acara anugerah, kami berharap untuk membawa tempoh program yang lebih eksklusif bagi acara anugerah yang berprestij ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosmin berkata, selain bertujuan meningkatkan lagi tumpuan ramai ke atas AIM, perubahan tarikh itu juga dapat mewujudkan detik yang lebih istimewa untuk memberi penghormatan kepada karya bakat tempatan yang layak dalam industri muzik.

“Butiran lanjut mengenai AIM ke-22 termasuk pembukaan tempoh pencalonan dan kategori anugerah yang akan dipertandingkan akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya. – mynewshub.cc

 

Tags: AIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AIM Salur RM980 Juta Bantu Usahawan Mikro

12/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah menyalurkan kira-kira RM980 juta pembiyaan kepada usahawan mikro di negara ini yang...

Baiki Kekurangan, Bukan Tutup AIM

07/12/2018
0

NILAI - Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berharap kerajaan tidak meneruskan rancangan untuk membatalkan sijil Amanah Ikhtiar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd