• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

oleh Mohd Arshad
18/12/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pengantin Baru Maut Kemalangan 3 Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang bekas penghantar barang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan supaya hukuman 10 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya bagi dua kesalahan memiliki dadah berjalan serentak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Mohammad Syukran Ramli, 28, dan mengekalkan keputusan panel itu sebelum ini supaya hukuman 10 sebatan itu berjalan secara berasingan.

Ini bermakna Mohammad Syukran akan menerima 20 sebatan.

“Mahkamah mendapati bahawa tiada sebab untuk mahkamah menggunakan kuasa budi bicara membenarkan hukuman sebatan berjalan serentak. Sehubungan itu, rayuan perayu ditolak,” kata Hasnah yang turut bersidang bersama Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Pada 21 November lepas, panel itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 tahun dan 10 sebatan terhadap Mohammad Syukran atas dua kesalahan memiliki dadah selepas menggantikan hukuman mati kepada hukuman penjara berikutan Jabatan Peguam Negara menerima representasi dikemukakan lelaki itu.

Mohammad Syukran didakwa atas dua pertuduhan, iaitu memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 22.0 gram serta 76.61 gram methamphetamine di hadapan Balai Polis Telemong, Bentong, Pahang pada 10.45 malam, 5 April 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara serentak dari tarikh tangkap pada 5 April 2018 manakala hukuman sebatan dijalankan secara berasingan.

Pada 12 Ogos 2020, Mohammad Syukran dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh selepas didapati bersalah mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 29 Ogos 2022.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Asmah Musa, yang memohon supaya hukuman sebatan dijalankan secara berasingan berkata, hukuman itu dapat memberi mesej pencegahan kepada pesalah serta menghalang mereka daripada mengulangi kesalahan sama pada masa depan.

Peguam Muhammad Amirrul Jamaluddin mewakili Mohammad Syukran pula memohon agar hukuman 10 sebatan dapat diberikan secara serentak terhadap anak guamnya. – Bernama

SinarHarian-

Tags: bekas penghantar barangdadahmahkamahRayuansebat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd