• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Komando Hilang: Unit Dron Bukit Aman Bantu Cari

oleh AK-47
16/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekas Komando Hilang: Unit Dron Bukit Aman Bantu Cari
Share on FacebookShare on Twitter

Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman akan membantu pencarian bekas komando Grup Gerak Khas (GGK) Ab Manan Keri yang dilaporkan hilang pada Khamis lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata operasi yang memasuki hari kedua hari ini turut melibatkan 80 pegawai dan anggota pasukan penyelamat termasuk Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang serta sembilan bot.

“Jarak pencarian juga ditambah melibatkan bahagian atas (hulu) dan hilir tempat kejadian dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sejauh kira-kira lapan kilometer, berbanding tiga kilometer semalam.

“Kita juga melibatkan anggota unit penyelam skuba bomba,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di PKTK di Kampung Palembang, di Kluang hari ini.

Menurut Bahrin, pencarian juga membabitkan tiga sektor bahagian kiri dan kanan tebing sungai, bahagian dasar dan selaman dari Simpang Sungai Melantai hingga Jambatan kedua Jalen Paloh.

“Usaha mencari mangsa yang bermula pada 9 pagi hari ini diharap mempunyai perkembangan yang positif,” katanya.

Sementara itu, anak mangsa Mohamad Shahfullah Ab Manan, 29, berharap bapanya dapat ditemukan semula.

“Sama-sama kita berdoa agar ayah dapat ditemukan dalam keadaan selamat dan amat berterima kasih atas usaha yang dilancarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya.

Terdahulu, warga emas berusia 73 tahun itu dilaporkan hilang setelah menghadiri majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Batu Pahat dan Kluang, di Dataran Tasik pada Khamis lepas, dengan berpakaian lengkap Kelab Veteran Komando dan beret hijau.

Semalam, Bahrin berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan Persatuan Eng Choon, dan mendapati terdapat kelibat seseorang telah terjatuh ke longkang besar berhampiran Sungai Mengkibol.

-Malaysia Kini

Tags: Kes Bekas Komando HilangUnit Dron Bukit Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd