• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Tawar Tambang Serendah RM8 Sempena Ramadan

oleh Ahmad Albab
03/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan tambang serendah RM8 sehala untuk penerbangan ke destinasi domestik bersempena bulan Ramadan tahun ini.

AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, tawaran itu dibuka bermula dari 15 Jun hingga 15 Julai 2015.

“Destinasi Indonesia dan Brunei juga termasuk dalam promosi istimewa ini dengan tambang hanya RM59 sehala.

“Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan di laman airasia.com bermula 1 hingga 7 Jun 2015 dan mereka boleh juga menempah melalui applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan peranti android serta laman mobile.airasia.com,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, AirAsia X selaku syarikat penerbangan jarak jauh di bawah Kumpulan AirAsia turut menawarkan tambang promosi bermula dari RM299 sehala ke pelbagai destinasi menarik di Jepun, Taiwan dan Australia bersempena Ramadan.

Kata kenyataan itu, tempoh tempahan juga bermula dari 1 hingga 7 Jun tetapi dengan tempoh perjalanan yang lebih panjang dari 2 Jun hingga 30 September 2015.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee dalam kenyataan sama berkata, Ramadan adalah bulan di mana orang ramai bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri dan tambang istimewa itu dapat membantu mereka merancang perjalanan.

“Bagaimana pula dengan penerbangan ekstra semasa Hari Raya? Kami sedang membuat pelan dan semestinya tambang rendah setiap hari kami terus tersedia semasa musim perayaan,” katanya.

- MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Ad-2wGfq5xs

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd