• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara Lulus RUU Kawalan Produk Merokok

oleh Mohd Arshad
14/12/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Bekas ADUN Pertang Akhirnya Muncul Di Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan undian suara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

RUU dibentangkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

Ia juga menyaksikan pengguguran peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

RUU yang mengandungi Fasal 1 hingga 54 itu dibentang semula bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam, sebelum dibentang untuk bacaan kali ketiga hari ini dan dibahas 22 Ahli Dewan Negara.

Dzulkefly ketika menggulung perbahasan berkata, pengguguran GEG daripada RUU ini adalah keputusan kolektif dan kebertanggungjawaban bersama oleh kerajaan setelah mengambil kira pandangan Jabatan Peguam Negara.

“Berdasarkan pandangan Jabatan Peguam Negara, terdapat isu ketidaksamarataan dan diskriminasi kedudukan undang-undang dalam peruntukan GEG, yang bermaksud memberi layanan berbeza terhadap orang yang lahir sebelum 1 Januari 2007 dan mereka yang lahir selepas atau pada 1 Januari 2007.

“Konsep GEG ini akan menyebabkan layanan berbeza terhadap dua kumpulan yang lahir pada tahun berbeza.

“Oleh itu, Jabatan Peguam Negara mempunyai pandangan peruntukan ini boleh dicabar di mahkamah kerana bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dewan Negara turut meluluskan RUU Makanan (Pindaan) 2023 bagi meminda Akta Makanan 1983, selaras dengan kelulusan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

RUU mengandungi empat fasal yang turut dibentangkan Dzulkefly itu bagi meminda Akta Makanan 1983 (Akta 281) untuk memastikan tiada percanggahan dan pertindihan peruntukan antara kedua-dua perundangan ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya tidak mencelah ketika menteri sedang membuat pembentangan sesebuah RUU dalam sidang Dewan Negara.

“Bila menteri bentang, tidak pernah dibolehkan untuk mencelah kerana yang dibentang itu soal pendirian, pandangan dan dasar kerajaan dan tiada kena-mengena dengan kita (Senator)… itu kebiasaannya amalan dan tradisi,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, Senator dibenarkan untuk mencelah ketika seseorang menteri membuat penggulungan usul perbahasan dengan syarat berdiri dan menteri berkenaan memberi ruang.

Bernama-

Tags: Dewan NegaraRUU Kawalan Produk Merokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd