• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAQIS Tahan Kemasukan Mangga Dari Thailand

oleh Mohd Arshad
13/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MAQIS Tahan Kemasukan Mangga Dari Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan menahan kemasukan konsainan buah mangga dari Thailand kerana dikesan mempunyai serangga perosak disyaki daripada spesies `Mango Pulp Weevil (Sternochetus Frigidus)’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah MAQIS Kelantan, Syed Fuad Syed Putra berkata penahanan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguasa di laluan import Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada 6 Disember lalu.

“Semua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM8,640 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.

“Penahanan ini bertujuan menghalang dan mengawal kemasukan serangga perosak yang boleh melumpuhkan industri pertanian negara terutama melibatkan industri tanaman mangga tempatan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Syed Fuad berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mengimport keluaran pertanian yang dipercayai mempunyai serangga perosak.

Jika sabit kesalahan, katanya, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“MAQIS sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan terhadap keluaran pertanian yang diimport ke Malaysia bagi menjamin setiap keluaran pertanian tiada perosak, penyakit atau bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Bernama-

Tags: manggaMaqisThailand
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd