• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dipenjara Enam Tahun, Satu Sebatan Rompak RM50

oleh Mohd Arshad
11/12/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penganggur Dipenjara Enam Tahun, Satu Sebatan Rompak RM50
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merompak wang tunai RM50 milik seorang lelaki di sebuah tempat letak motosikal dengan menggunakan sebilah pisau, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas M Krishnamurthi, 49, mengaku bersalah merompak Chai Fuh Chang, 43, di tempat letak motosikal MRT Jinjang di sini pada 11.55 pagi, 7 Disember lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Disember lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Illya Syaheedah Mohd Razif memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius dilakukan tertuduh yang menggunakan pisau sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Krishnamurthi yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Bernama-

Tags: dipenjaraPenganggurRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd