• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Pecat Isham Dibuat MKT UMNO – Zahid

oleh Mohd Arshad
09/12/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Keputusan Pecat Isham Dibuat MKT UMNO – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

Keputusan memecat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil daripada parti itu dibuat oleh MT parti, kata Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MKT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.

“Jawatankuasa Disiplin pun akan bawa ke Majlis Tertinggi, Majlis Tertinggi akan memutuskannya. Apa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi itu adalah muktamad,” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Isham tidak diadili oleh Jawatankuasa Disiplin parti dan keputusan pemecatan itu dibuat oleh presiden parti.

“Ditanya sama ada keputusan itu sebagai amaran kepada pihak yang mengkritik Umno dan presiden parti, Ahmad Zahid berkata tindakan mengkritik presiden tidak menjadi pertimbangan bagi keputusan itu dibuat.

“Tetapi apabila menghina parti sendiri dan mengecilkan Umno sebagai sebuah parti yang dianggotainya, ertinya tindakan itu dilakukan MT supaya tidak ada usaha ‘tikus membaiki labu’ ini dalam Umno itu sendiri.

“… Orang itu kalau ada lagi dalam Umno akan rosak lagi Umno,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Seri Idris Ahmad bahawa Umno perlu berterima kasih kepada Bersatu kerana menjadikan Umno sebahagian daripada kerajaan sebelum ini, Ahmad Zahid berkata PAS sepatutnya berterima kasih kepada Umno.

“Datuk Seri Idris tak mengetahui apa yang telah dilakukan Umno, sepatutnya beliau berterima kasih kerana sebelum itu beliau adalah pembangkang juga.

Pembentukan kerajaan ketika itu datangnya daripada sumbangan Umno kerana ketika itu PAS hanya mempunyai 18 kerusi manakala Umno dan BN secara keseluruhannya mempunyai 68 kerusi, sepatutnya mereka berterima kasih kepada Umno,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahid HamidiIsham JalilMKT UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Harga Minyak Turun: ‘Kita Mahu Harga Diesel Yang Sama Rata Di Seluruh Negara’ – Isham Jalil

Harga Minyak Turun: ‘Kita Mahu Harga Diesel Yang Sama Rata Di Seluruh Negara’ – Isham Jalil

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli politik, Isham Jalil menggesa kerajaan supaya menetapkan harga diesel yang sama di seluruh negara serta menolak...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd