• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aman Palestin Ikhtiar Jalan Lain Bantu Palestin

oleh Mohd Arshad
23/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Aman Palestin Ikhtiar Jalan Lain Bantu Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pengurusan tertinggi Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sedang merencanakan pelan tindakan bagi menangani isu pembekuan 41 akaun pertubuhannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Jabatan Media Dan Dokumentasi Aman Palestin, Ismail Muhammad Juffri berkata, antara yang dibincangkan ialah bagaimana pihaknya dapat menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang kian terhimpit saat ini.

Mengakui tindakan SPRM tersebut merencatkan program bantuan-bantuan yang sudah direncanakan, beliau berkata, tindakan tersebut sangat ‘mengejutkan’ pihaknya.

“Kami sebenarnya masih terkejut dengan kenyataan SPRM hari ini kerana ia berlaku secara tiba-tiba tetapi pengurusan tertinggi Aman Palestin sedang berbincang untuk menguruskan krisis tersebut.

“Rancangan Aman Palestin untuk membantu rakyat Palestin terganggu dengan tindakan tersebut tetapi kita akan ikhtiarkan cara lain untuk menyampaikan bantuan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, buat masa ini tiada kenyataan dikeluarkan daripada pengurusan tertinggi Aman Palestin namun tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, SPRM membekukan 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

SPRM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

“Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.

-Utusan Online

Tags: Aman PalestinJalan LainPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ZALIM – Lebih 200 Pokok Zaitun Berusia Ratusan Tahun Dicabut Di Tebing Barat

ZALIM – Lebih 200 Pokok Zaitun Berusia Ratusan Tahun Dicabut Di Tebing Barat

11/04/2026
0

TEBING BARAT – Sekurang-kurangnya 200 pokok zaitun, termasuk yang dipercayai berusia ratusan tahun, dilaporkan dicabut oleh tentera Israel berhampiran bandar...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd