• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Kesan Scammer Lesen Memandu Tak Sah Di Media Sosial

oleh Mohd Arshad
23/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JPJ Kesan Scammer Lesen Memandu Tak Sah Di Media Sosial
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak tertipu dengan sindiket pengeluaran lesen memandu secara mudah dan murah yang diiklankan di akaun media sosial.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha, berkata pihaknya mengesan akaun media sosial mengenai sindiket penipuan yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu secara murah dan mudah tetapi tidak mengikut syarat yang ditetapkan serta tidak sah di sisi undang-undang.

Katanya, sindiket itu menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan menggunakan pelbagai kaedah pujukan termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.

“Lesen memandu yang dikeluarkan secara sah hendaklah mengikut tatacara dan prosedur latihan dan ujian memandu kompeten yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, JPJ bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam mengesan pemilik akaun di media sosial yang menawarkan dan menjalankan operasi sindiket penipuan ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rospiagos berkata, memandu tanpa lesen yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga terdedah dengan risiko kemalangan yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Katanya, memiliki lesen tidak sah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 108 Akta 333.

“Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan lesen memandu secara sah boleh menghubungi Institut Memandu (IM) berhampiran yang berdaftar dengan JPJ.

“JPJ menggesa kepada orang ramai untuk memberikan maklumat atau menyalurkan aduan sekiranya terdapat sindiket yang cuba menawarkan promosi pengeluaran lesen secara mudah dan murah tetapi tidak mengikuti syarat yang ditetapkan,” katanya.

BHonline-

Tags: JPJScammer Lesen Memandu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd