• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Myanmar Ditemui Mati Dengan Kecederaan Di Kepala

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala selepas dikatakan bergaduh dengan rakan senegaranya di belakang rumah kongsi tapak projek perumahan di Jalan Permatang Rawa di sini hari ini.

Mayat Ferus Ahmad, 26, ditemui oleh kerani tapak pembinaan berkenaan yang membuat pemeriksaan kira-kira pukul 8 pagi ini selepas lelaki itu tidak datang bekerja.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Supt Shahurinaim Jais berkata polis menemui tukul besi yang dipercayai digunakan untuk memukul lelaki itu berhampiran mayat mangsa.

“Terdapat tiga kesan ketukan di kepala mangsa sehingga terkeluar otak. Tiada kecederaan lain di badan lelaki berkenaan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata susulan itu, polis menjalankan pemeriksaan di rumah kongsi berkenaan dan menahan seorang lelaki Myanmar berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.

Shahurinaim berkata berdasarkan siasatan, mangsa yang tinggal di rumah kongsi itu bekerja sebagai tukang kayu di tapak pembinaan itu sejak empat bulan lepas dan tidak mempunyai dokumen perjalanan.

“Lelaki yang ditahan itu merupakan kenalan mangsa dan dia juga bekerja di tapak pembinaan berkenaan serta tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, sekumpulan tujuh lelaki termasuk mangsa yang mabuk bergaduh sesama mereka dan diarah beredar dari kawasan itu oleh pengawal keselamatan bertugas.

“Menurut pengawal keselamatan itu, kira-kira pukul 6 pagi tadi, beberapa lelaki telah masuk ke kawasan rumah kongsi yang didiami mangsa dan dipercayai pergaduhan itu berlarutan,” katanya.

Terdapat tiga deretan rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter antara satu sama lain dan kira-kira 500 pekerja termasuk anggota keluarga mereka tinggal di rumah kongsi diperbuat daripada papan lapis dan zink itu, katanya.

Shahurinaim berkata usaha mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan itu giat dijalankan dan mereka dipercayai masih berada di sekitar Bukit Mertajam. – BERNAMA

 

Tags: kes bunuhwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd