• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Kemaman: BN Pertaruh Calon Diterima Ramai, Banyak Berjasa

oleh Mohd Arshad
18/11/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRK Kemaman: BN Pertaruh Calon Diterima Ramai, Banyak Berjasa
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Barisan Nasional (BN) menganggap parti itu ‘underdog’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, namun telah meletakkan calon terbaik untuk dipilih 141,790 pengundi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera merupakan calon yang diterima ramai terutama jentera parti.

“Kita (BN) sudah letak calon terbaik, Beliau telah banyak berjasa terhadap negara dan sebagai Panglima ATM, beliau telah membawa imej ATM ke tahap lebih tinggi.

“Masa banjir (besar pada) 2013, jambatan (bailey) dalam Kemaman ini, ATM yang mula-mula buat,” katanya selepas mengiringi Raja Mohamed Affandi pada hari penamaan calon PRK Parlimen Kemaman di sini hari ini.

Raja Mohamed Affandi bakal bertembung dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas dalam PRK Parlimen Kemaman.

Mohamad berkata, Raja Mohamed Affandi juga diterima dengan baik oleh semua jentera parti BN di setiap pusat daerah mengundi (PDM) di kawasan Parlimen ini.

Sehubungan itu, beliau meminta jentera parti terus menyusun gerak kerja berfokus dan mendekati seramai mungkin pengundi sehingga tempoh terakhir berkempen pada tengah malam 1 Disember ini.

“Dekati seramai mungkin ahli-ahli BN dan pengundi-pengundi yang dahulunya atas pagar, bermasalah dan cah keting.

“Kita ‘underdog’ dalam PRK (Kemaman) ini, senang kita bekerja. Kalau izin Allah menang, kita (BN) dapat empat bintang (pangkat tentera), belah sana (Perikatan Nasional), ada dua bintang (Ahli Parlimen Ketereh, Dato’ Khlir Mohd Nor) and he (Raja Mohamed Affandi) understand simple english (beliau faham bahasa Inggeris mudah),” katanya.

Kosmo-

Tags: BNPRK Kemaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd