• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Jumpa Presiden Iran Bincang Isu Palestin, Kerjasama Dua Negara

oleh Mohd Arshad
12/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Anwar Jumpa Presiden Iran Bincang Isu Palestin, Kerjasama Dua Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Iran, Ebrahim Raisi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mesyuarat itu diadakan di luar sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin yang dihadiri oleh kedua-dua pemimpin.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau dan Raisi sebulat suara bersetuju agar kekejaman oleh Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera. “Kami juga mendukung segala usul yang dibawa oleh OIC termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta.

“Kami juga turut menggesa supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dibawa masuk ke Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan dan mahukan OIC memainkan peranan yang lebih besar khususnya dalam melibatkan isu kemanusiaan sejagat,” katanya dalam muat naik di laman media sosial, pada Ahad.

Dalam pertemuan itu juga, Anwar berkata, Malaysia dan Iran menyatakan kesediaan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi serta meneroka peluang kerjasama baharu.

Tambah beliau, Presiden Iran menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkat hubungan dua hala serta menyatakan Malaysia dan Iran sebagai dua buah negara yang berpengaruh, perlu memainkan peranan yang besar dalam dunia Islam.

“Dalam pertemuan ini, kami turut memanjangkan jemputan untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing.

“Saya juga mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) di antara kedua-dua negara bagi memperhalusi pelbagai bidang kerjasama,” katanya.

Pada tahun 2022, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Iran ialah sebanyak RM3.68 bilion (meningkat sebanyak 40.2 peratus dari tahun 2021) dan kelapa sawit merupakan produk utama perdagangan Malaysia dan Iran.

-Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimIsu PalestinKerjasama Dua NegaraPresiden Iran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Next Post

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Menyambut Deepavali

Related Posts

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post
Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Menyambut Deepavali

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Menyambut Deepavali

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd