Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United pernah mempunyai seorang pemain bola sepak ternama dari Mexico bernama Chicharito yang bermaksud si kacang kecil.
Beliau kini sudah berpindah ke kelab gergasi Spain, Real Madrid bagi memanaskan bangku simpanan.
Sementara menunggu giliran bermain, mungkin Chicharito boleh melayari laman web dan apabila peranti yang digunakan sudah hampir kehabisan bateri, beliau boleh menggunakan Chargerito.
Chargerito ialah pengecas peranti terkecil yang juga merangkap anak kunci, saiznya yang kecil (5.3 cm x 3.3 cm) memudahkan untuk ia dibawa kemana-mana berbanding pengecas biasa.
Terdapat dua versi iaitu versi USB dan Lightning, sangat sesuai digunakan oleh mereka yang kerap keluar dari rumah tetapi tidak mempunyai sebuah power bank.
Chargerito dijual pada harga USD19 (RM61) sebuah.
Oleh: hzqahmd
