• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejuang Hamas Berikrar Akan Beri Tentangan Habis-Habisan Kepada Serangan Darat Israel

oleh Mohd Arshad
28/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pejuang Hamas Berikrar Akan Beri Tentangan Habis-Habisan Kepada Serangan Darat Israel
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA : Hamas berkata, para pejuangnya di Gaza bersedia untuk menghadapi serangan Israel secara ‘habis-habisan’ selepas tentera Israel meluaskan serangan udara dan darat ke atas wilayah Palestin itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kumpulan pejuang Palestin yang memerintah Gaza itu berkata, pejuang mereka telah bertempur dengan tentera Israel di kawasan berhampiran sempadan dengan Israel selepas rejim zionis melaporkan serangan yang lebih intensif di Gaza.

Menjelang pagi Sabtu, pemotongan perkhidmatan internet dan telefon – di mana firma telekomunikasi dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata akibat daripada pengeboman Israel – telah berterusan selama lebih 12 jam.

“Sebagai tambahan kepada serangan yang dilakukan dalam beberapa hari lepas, tentera darat memperluaskan operasi mereka malam ini,” kata jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Daniel Hagari pada taklimat berita di televisyen pada petang Jumaat, menimbulkan persoalan sama ada pencerobohan darat yang telah lama dijangkakan mungkin bermula.

Beliau berkata, tentera udara Israel melakukan serangan secara meluas ke atas terowong yang digali oleh Hamas dan infrastruktur lain.

Tentera Israel berkata, pada Sabtu ia telah membunuh ketua sayap udara Hamas, yang telah membantu merancang serangan 7 Oktober lalu ke atas bandar-bandar selatan Israel.

Pasukan Pertahanan Israel berkata, jet pejuangnya telah menyerang Asem Abu Rakaba, ketua Unit Udara Hamas, yang bertanggungjawab ke atas UAV, dron, paraglider, pengesanan udara dan pertahanan udara Hamas.

“Beliau mengambil bahagian dalam merancang pembunuhan beramai-ramai di komuniti sekitar Semenanjung Gaza pada 7 Oktober. Dia mengarahkan pengganas yang menyusup masuk ke Israel guna paraglider dan bertanggungjawab untuk serangan dron ke atas pos IDF,” kata IDF.

-Utusan Online

Tags: Isu PalestinPejuang HamasSerangan Darat Israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd