• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT, TFC Dijangka Berentap Di final

oleh Mohd Arshad
22/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Berakhirnya pusingan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) meraih bekalan penting untuk dibawa ke aksi timbal balik, awal bulan depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Seperti dijangka, JDT meraih bekalan selesa apabila menewaskan Perak 4-1 di Stadium Perak, Ipoh, dengan skuad Harimau Selatan boleh dikatakan sudah boleh melihat pentas final.

Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa tiada ruang buat Perak untuk bangkit dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, 2 November ini berdasarkan persembahan ‘sempurna’ dipamerkan JDT selain kelebihan besar tiga gol dibawa Harimau Selatan.

Sepanjang musim ini, belum ada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang mampu mengalahkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim dengan hanya tiga pasukan sahaja berjaya membolosi gawang Harimau Selatan di gelanggang itu termasuk Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (KL) City dan Kelantan, itu pun hanya satu gol.

Negeri Sembilan meraih satu gol di gelanggang keramat JDT itu ketika tewas 1-4 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia manakala KL City dan Kelantan pula tewas 1-6 dan 1-5 kepada Harimau Selatan dalam saingan Liga Super.

Justeru, berdasarkan rekod itu boleh dikatakan kunjungan Perak bagi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia nanti sebagai pelengkap jadual dan untuk mengesahkan kemaraan JDT ke final buat kali keempat berturut-turut.

Skuad kendalian Esteban Solari hanya mengalami kekalahan tunggal tahun ini di Stadium Sultan Ibrahim selepas tewas tipis 0-1 kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale dalam aksi sulung Liga Juara-Juara Asia (ACL), bulan lalu.

Sementara itu, TFC dijangka menjadi lawan JDT di pentas final Piala Malaysia meskipun skuad kendalian Tomislav Steinbruckner hanya meraih bekalan tipis selepas menewaskan KL City 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama.Skuad Penyu hanya perlu mengelak daripada melakukan kesilapan pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 3 November ini.

Meletakkan pentas final sebagai fokus utama, Steinbruckner harus bijak membuat percaturan dalam menurunkan pemain kerana mereka bakal berdepan jadual padat yang sukar sebelum aksi separuh akhir kedua itu.

TFC akan melayan kunjungan kelab Filipina, Stallion Laguna FC dalam aksi Kumpulan G saingan Piala AFC di tempat sendiri, Khamis ini sebelum menentang Sri Pahang di gelanggang lawan bagi aksi Liga Super, 29 Oktober ini.

KL City juga dijangka hadir dengan skuad lebih baik apabila akan kembali mendapat sentuhan tiga tonggak mereka termasuk Paulo Josue, Ryan Lambert dan Romel Morales yang tidak dapat beraksi dalam perlawanan separuh akhir pertama.

Harus diingat juga bahawa KL City pernah melenyapkan impian skuad Penyu untuk ke final Piala FA musim ini apabila meraih kemenangan 4-2 menerusi penentuan penalti dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Jun lalu.

BHonline-

Tags: JDTPiala MalaysiaTFC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Latihan Baharu JDT

Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Latihan Baharu JDT

19/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal memiliki pusat latihan baharu yang akan dibina bersebelahan Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd