• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Bertambah, Lebih Banyak Jalan Di Sabah Diturap

oleh Mohd Arshad
16/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peruntukan Bertambah, Lebih Banyak Jalan Di Sabah Diturap
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM157.8 juta kepada Sabah tahun ini, bagi kerja membaik pulih permukaan jalan menerusi skop kerja berkala turapan dan berkala bukan turapan.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata sebahagian jalan Persekutuan di Sabah yang dahulu mengalami kerosakan kritikal, dapat dibaik pulih tahun ini susulan peruntukan lebih banyak berbanding 2022.

“Kos penyelenggaraan jalan yang diperuntukkan untuk jalan Persekutuan (di Sabah) pada 2022 adalah RM114.19 juta.

“Bagaimanapun, jumlah peruntukan itu (tahun ini) tidak dapat menampung kos pembaikan kerosakan jalan Persekutuan di seluruh Sabah seperti dalam senarai kerosakan jalan yang tertunggak,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Shahelmey Yahya (BN-Putatan) yang meminta kerajaan menyatakan langkah akan diambil bagi menyelesaikan masalah penyelenggaraan jalan raya dan lampu jalan di jalan Persekutuan di Sabah.

Sebagai langkah pencegahan, katanya, jalan Persekutuan sepanjang 1,289.14 kilometer (km) yang disenggara oleh konsesi penyenggaraan jalan Persekutuan Sabah sudah melaksanakan penyelenggaraan rutin secara bulanan dengan anggaran kos RM4 juta sebulan untuk memastikan keadaan jalan selamat.

“Ada jalan yang perlu dibina semula memandangkan jalan ini dibina lebih dari 20 tahun. Ini bermakna jangka hayatnya sudah melebihi tempoh sepatutnya dari segi reka bentuk.

“Dalam usaha ke arah keselesaan jalan raya di Sabah, kementerian berusaha menaik taraf jalan utama di Sabah melalui Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) sepanjang 210.294 km yang dalam pembinaan,” katanya.

Alexander berkata, bagi penyenggaraan lampu jalan, sejumlah RM3.07 juta sudah dimanfaatkan untuk membaik pulih lampu jalan sedia ada yang rosak di jalan Persekutuan seluruh Sabah.

“Sejumlah RM700,000 sudah dimanfaatkan untuk membaik pulih lampu isyarat dan lampu jalan di jalan Persekutuan Sabah.

“Agihan peruntukan ke daerah di Sabah adalah ditentukan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah bergantung kepada senarai keutamaan yang disusun,” katanya.

-Berita Harian

Tags: peruntukanTurap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) membantah cadangan Kementerian Kewangan (MoF) untuk memotong peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM3.06 bilion...

RM200 Juta Telah Diperuntukkan KPKT Bagi  Pembangunan Dan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam

RM200 Juta Telah Diperuntukkan KPKT Bagi Pembangunan Dan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperuntukkan RM200 juta bagi pembangunan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd