• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hizbullah ‘Sedia Beraksi’ Tentang Israel Bila Tiba Masanya

oleh Mohd Arshad
14/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Istana Pahang Tarik Balik Darjah Kebesaran, Pingat Jika Pamer, Lekat Lambang Pada Kenderaan’
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT: Gerakan Hizbullah berpusat di Lubnan yang disokong Iran hari ini menyatakan pihaknya ‘bersedia sepenuhnya’ untuk menyertai sekutunya Hamas dalam perang menentang Israel apabila tiba masanya.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Timbalan ketua Hizbullah, Naim Qassem, menyatakan pendirian itu ketika Hamas dan Israel saling berbalas tembakan, yang kini memasuki hari ketujuh selepas Hamas menyerang Israel pada Sabtu lalu.

Susulan serangan itu, Israel bertindak balas dengan menghujani serangan udara dan artileri ke atas sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

“Kami sebagai Hizbullah, menyumbang kepada konfrontasi dan akan (terus) menyumbang kepadanya dalam visi dan rancangan kami.

“Kami bersedia sepenuhnya dan apabila tiba masa untuk bertindak, kami akan memulakannya,” katanya dalam perhimpunan proPalestin di pinggir selatan Beirut.

Ucapan Qassem itu bertepatan dengan lawatan Menteri Luar Iran ke Beirut, yang menggesa supaya Hizbullah tidak menyertai perang.

“Seruan oleh negara besar, negara Arab dan utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara langsung dan tidak langsung, meminta kami tidak campur tangan dalam pertempuran, jangan menjejaskannya, tetapi Hizbullah tahu peranannya,” katanya.

Israel berperang dengan Hizbullah dan puak sekutu Palestin di Lubnan sejak kebelakangan ini, walaupun serangan balas dendam masih terhad.

Isnin lalu, Hizbullah berkata serangan Israel membunuh tiga anggotanya, manakala pejuang Palestin mendakwa cubaan menyusup masuk berjaya dipatahkan.

Israel berkata, ia merempuh pos pemerhatian Hizbullah pada Selasa, manakala sayap bersenjata Hamas mendakwa tembakan roket.

Pada Rabu, Hizbullah berkata ia menyasarkan kedudukan Israel berhampiran perkampungan Dhayra.

Tembakan balas Israel sejurus selepas mencederakan tiga orang dan menjadikan Dhayra lengang.

BHonline-

Tags: HizbullahIsraelperang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd