• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGC Hadapi Saman Goldman Mengikut Undang-Undang

oleh Mohd Arshad
12/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
AGC Hadapi Saman Goldman Mengikut Undang-Undang
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Malaysia menafikan semua dakwaan berhubung isu penyelesaian dana skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dibangkitkan dalam saman difailkan firma pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs, di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, semua dakwaan yang dibangkitkan firma berkenaan adalah bertentangan dengan semua tindakan yang diambil Kerajaan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia menerima Permintaan Timbang Tara pada 11 Oktober 2023 daripada Goldman Sachs Group, Inc. (“Goldman Sachs”).

“Pertikaian timbul daripada dakwaan Goldman Sachs mengenai pelanggaran oleh Kerajaan Malaysia, berpunca daripada Perjanjian Penyelesaian dimeterai antara Goldman Sachs, Kerajaan Malaysia, dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 18 Ogos 2020,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kumpulan Goldman Sachs semalam memfailkan saman terhadap Malaysia ketika ketegangan semakin memuncak berhubung isu penyelesaian berkait peranannya dalam skandal dana 1MDB.

Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA).

Mengulas lanjut, AGC berkata, bagi pihak Kerajaan Malaysia, jabatan itu akan menyediakan maklum balas terhadap perkara berkenaan berdasarkan undang-undang.

“AGC mengulangi bahawa kepentingan rakyat Malaysia adalah yang paling utama,” katanya.

-Berita Harian

Tags: AGCGoldman Sachssamanundang-undang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan

Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan

17/06/2026
0

LIPIS - Sifat belas ihsan dan perikemanusiaan yang diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd