• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hajiji Nafi Salah Guna Kuasa Pengambilan Tanah Di Kudat

oleh AK-47
09/10/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menafikan berlaku salah guna kuasa dalam kelulusan berhubung rundingan pengambilan tanah di Kudat.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menjawab dakwaan yang disebarkan melalui laman Facebook berhubung pengambilan tanah yang didakwa untuk perlombongan pasir silika di daerah itu, Hajiji berkata semua permohonan adalah mengikut undang-undang.

Beliau berkata, dakwaan kononnya berlaku salah guna kuasa membabitkan dirinya adalah berniat jahat, bermotifkan politik dan bertujuan memburukkan namanya.

“Pejabat saya akan memberi kerjasama penuh terhadap mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung dengan dakwaan ini,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Sabah itu menyusul berikutan satu artikel yang dimuat naik sebuah laman Facebook mendakwa Hajiji menggunakan kuasanya meluluskan permohonan tanah di daerah itu termasuk milik Yayasan Sabah.

Hajiji berkata, semua permohonan tanah dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan diproses di pejabat.

“Permohonan membabitkan tanah Yayasan Sabah sudah dirujuk kepada Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) dan semuanya dibuat mengikut undang-undang.

“Siasatan akan dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang mendedahkan dokumen rahsia yang digunakan untuk membuat dakwaan terbabit,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa juga sudah dimaklumkan mengenai akaun Facebook yang memuat naik dakwaan untuk mencemarkan reputasinya itu.

“Saya juga akan mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan palsu ini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Hajiji NoorSalah Guna Kuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000

Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000

08/01/2025
0

PUTRAJAYA - Dua kakitangan sebuah badan berkanun di Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd