• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

oleh Mohd Arshad
09/10/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan : Pembantu am dan ejen insurans mengalami kerugian keseluruhan berjumlah lebih RM400,000 selepas mereka terpedaya sindiket jenayah secara dalam talian, baru-baru ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes pertama membabitkan seorang lelaki berusia 55 tahun yang bertugas di sebuah sekolah apabila dia menerima panggilan telefon.

Menurutnya, suspek menyamar sebagai kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendakwa mangsa ada membuat tuntutans akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya pada awal Jun lalu.

“Mangsa menafikannya, namun suspek menyambungkan panggilan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan dikatakan mangsa turut terbabit dalam pengubahan wang haram.

“Mangsa kemudian diarah memindahkan wang ke akaun bank milik Juruaudit Amla Bank Negara Malaysia (BNM).

“Sebanyak 11 transaksi dibuat oleh mangsa ke lapan akaun bank berbeza berjumlah keseluruhan RM200,500,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes kedua pula membabitkan lelaki berusia 68 tahun yang melihat iklan pelaburan saham atas nama sebuah akademi di aplikasi YouTube.

Katanya, mangsa kemudian berurusan dengan suspek melalui aplikasi Whatsapp dalam skim pelaburan saham terbabit.

“Mangsa dimaklumkan melabur saham akan memperolehi pulangan lumayan dan wang boleh dikeluarkan selepas tiga atau enam bulan.

“Mangsa membuat 28 pemindahan wang menggunakan duit simpanannya ke 14 akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan RM224,733,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa menyedari ditipu kemudian tampil membuat laporan polis dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: scam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd