• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konflik Israel-Palestin: Rakyat Thailand Maut, 8 Cedera, 11 Dijadikan Tebusan

oleh Mohd Arshad
08/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Konflik Israel-Palestin: Rakyat Thailand Maut, 8 Cedera, 11 Dijadikan Tebusan
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Seorang rakyat Thailand maut, manakala lapan cedera dan 11 lagi dijadikan tebusan oleh pejuang Hamas semasa serangan ke atas Israel, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Bagaimanapun, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, dalam kenyataan terdahulu, memaklumkan dua warga Thailand maut dan secara rapat mengikuti perkembangan serta mengarahkan Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv untuk menyediakan kemas terbaru.

Parnpree berkata, kerajaan mengutamakan perlindungan bagi warganegara Thailand dan mengutuk keganasan dalam semua bentuk dan menggesa ia dihentikan serta semua orang awam yang tidak bersalah dibebaska segera.

Beliau menggesa media untuk bekerjasama untuk tidak menyiarkan nama rakyat Thailand yang menadi mangsa, memandangkan keganasan terus berlanjutan dan maklumat masih disahkan oleh pihak berkuasa di lapangan.

Parnpree berkata perdana menteri mengeluarkan arahan supaya Tentera Udara Diraja Thailand bersiap sedia untuk pemindahan segera warga Thailand dari Israel melalui udara, mengikut keperluan.

Sementara itu, Duta Thailand ke Israel, Pannabha Chandraramya, berkata pertempuran masih berterusan, khususnya di kawasan dan sekitar Semenanjung Gaza.

Beliau berkata tentera Israel melarang orang ramai daripada meninggalkan premis mereka dan memasuki kawasan terjejas sehingga mereka mendapat kawalan penuh.

Pada masa ini, beliau berkata ruang udara Israel masih dibuka, tetapi semua penerbangan keluar-masuk perlu diselaras rapat dengan kawalan trafik udara.

“Kedutaan Diraja Thailand secara aktif mengikuti perkembangan dan bersedia untuk membantu dalam setiap cara yang mungkin,” katanya sambil menambah bahawa kedutaan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa di Israel untuk mengesahkan jumlah kematian, cedera dan ditangkap membabitkan rakyat Thailand.

Beliau berkata beberapa daripada mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital, di mana pada masa ini, terdapat kira-kira 30,000 warga Thailand di Israel, dan kira-kira 5,000 orang berada di Semenanjung
Gaza.

Warga Thailand termasuk pelajar di kawasan lain kekal selamat.

Sementara itu, Srettha, yang kini dalam lawatan rasmi lima hari ke Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dan tiga negara ASEAN – Brunei, Malaysia, dan Singapura berkata Kementerian Luar dan Tentera Udara Diraja Thailand sedang bekerjasama rapat.

“Mereka berusaha keras untuk memindahkan rakyat Thailand sebaik sahaja keadaan mengizinkan.

“Sebuah penerbangan boleh memuatkan 423 orang,” tulisnya di X selepas beliau mendarat di HKSAR pada Ahad.

Terdahulu, Srettha berkata beliau telah mengarahkan Tentera Udara Diraja menyediakan pesawat Airbus A340 dan C-130 untuk menjalankan operasi itu.

Perdana menteri berkata beliau akan menggunakan semua saluran diplomatik untuk memastikan pembebasan rakyat Thailand yang tidak bersalah, yang tidak terlibat dalam konflik itu.

Menurut media antarabangsa sekurang-kurangnya 550 orang awam dari kedua-dua pihak terbunuh manakala lebih 3,000 yang lain cedera dalam serangan balas.

Bernama-

Tags: IsraelKonflikPalestinRakyat Thailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd