• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Bahru Perlukan LRT – Noorazam

oleh Mohd Arshad
03/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai Dan Seremban Catat Bacaan IPU Tidak Sihat
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mahu kerajaan mempertimbangkan pembinaan sistem pengangkutan transit aliran ringan (LRT) bagi mengurangkan kesesakan yang semakin teruk di bandar raya ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, kesesakan di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini meningkat, khususnya selepas projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) bermula.

Justeru, beliau mahu kerajaan menaik taraf sistem pengangkutan awam setempat supaya menjadi lebih efisien, sekali gus mengurangkan kesesakan.

“Sudah tiba masanya bandar raya ini dilengkapi dengan kemudahan LRT seperti di Kuala Lumpur atau di Singapura. Mungkin sebelum pembinaan RTS kita tidak melihat keperluan itu, tetapi sekarang tidak lagi kerana apabila RTS siap kelak, kita jangka seramai 10,000 pengguna akan menggunakan perkhidmatan itu setiap jam.

“Jadi, terdapat keperluan mendesak untuk ditambah baik pengangkutan awam bagi menyokong RTS yang menghubungkan bandar raya ini dengan Singapura. Permintaan ini bukan hanya meliputi kawasan pentadbiran MBJB, tetapi sebaliknya kawasan Greater Johor Bahru yang turut meliputi Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, di sini hari ini.

Mohd. Noorazam berkata, pihaknya bimbang sekiranya sistem pengangkutan awam di pusat bandar raya ini tidak ditambah baik dengan segera, kesesakan yang berlaku akan berterusan.

“Johor Bahru unik kerana ia bersempadan dengan Singapura. Itu merupakan antara faktor kesesakan jalan raya, khususnya pada hujung minggu, selain itu disebabkan pelbagai projek pembinaan yang sedang giat dilaksanakan.

“Namun, MBJB akan berusaha untuk menambah baik perkhidmatan tempat letak kenderaan di lokasi bersesuaian selain turut menyediakan perkhidmatan bas pengantara bagi memudahkan pengguna,” katanya sambil mengakui sedia maklum dengan kesesakan di beberapa kawasan seperti di Lebuhraya Pasir Gudang dan Jambatan Permas ekoran kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

Tanpa mahu menyalahkan pihak tertentu, Mohd. Noorazam berkata, kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dilakukan tanpa dimaklumkan kepada MBJB kerana melibatkan bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Namun tempiasnya pengguna menyalahkan MBJB ekoran kesesakan yang berlaku, kita maklum berhubung perkara itu dan berharap langkah-langkah kawalan trafik dapat dilakukan untuk mengurangkan kesesakan di kawasan terlibat,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: johor bahruLRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

09/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd