• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO Syorkan Pengambilan Vaksin Malaria

oleh Mohd Arshad
03/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai Dan Seremban Catat Bacaan IPU Tidak Sihat
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengesyorkan penggunaan vaksin malaria kedua bagi membendung penularan penyakit yang mengancam nyawa itu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam taklimat di Geneva, berkata dua tahun lalu, WHO mengesyorkan penggunaan meluas vaksin malaria pertama di dunia yang dipanggil RTS,S.

“Hari ini, saya sangat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa WHO mengesyorkan vaksin kedua yang dipanggil R21/Matrix-M untuk mencegah malaria pada kanak-kanak yang berisiko dijangkiti penyakit itu.

“R21/Matrix-M, yang dibangunkan oleh Universiti Oxford Britain, akan tersedia menjelang pertengahan 2024. Dos ini akan dijual pada harga antara AS$2 (RM9.45) dan AS$4 (RM18.90).

“WHO kini sedang menyemak semula vaksin bagi pra kelayakan, iaitu cap kelulusan daripada WHO.

“Ini akan yang membolehkan GAVI (pakatan vaksin global) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) membeli vaksin daripada pengeluar,” katanya.

Vaksin R21/Matrix-M dihasilkan secara besar-besaran oleh Institut Serum India (SII) dan menggunakan adjuvant Matrix M Novavax.

Ketua Pegawai Eksekutif SII, Adar Poonawalla, berkata pihaknya menghasilkan lebih daripada 20 juta dos berdasarkan cadangan WHO.

“Kami akan meningkatkan pengeluaran mengikut keperluan permintaan.

Vaksin itu akan bersaing dengan RTS,S oleh GSK Plc, yang disyorkan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2021 dan dijual di bawah jenama Mosquirix.

WHO berkata kedua-dua vaksin menunjukkan keberkesanan yang sama dalam ujian berasingan.

Bagaimanapun, tanpa percubaan secara langsung, tidak ada bukti yang menunjukkan sama ada vaksin itu menghasilkan prestasi yang lebih baik.

Agensi itu menyerahkan kepada negara masing-masing bagi memutuskan produk mana yang hendak digunakan berdasarkan pelbagai faktor, termasuk kemampuan dan bekalan.

“GSK sentiasa mengiktiraf keperluan untuk vaksin malaria kedua, namun adalah jelas bahawa RTS,S, vaksin malaria pertama dan vaksin pertama terhadap parasit manusia, menetapkan penanda aras yang kukuh,” katanya.

Syarikat itu menambah bahawa lebih 1.7 juta kanak-kanak di Ghana, Kenya dan Malawi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan dan akan dilancarkan di sembilan lagi negara endemik malaria mulai awal tahun depan.

Malaria membunuh lebih 600,000 setiap tahun di seluruh dunia, kebanyakannya kanak-kanak di Afrika.

Tedros menambah agensi itu juga mengesyorkan vaksin Takeda Pharmaceuticals terhadap denggi yang dipanggil Qdenga untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 16 tahun di kawasan di mana jangkitan itu adalah masalah kesihatan awam yang ketara.

Denggi, biasa di iklim tropika dan subtropika, adalah jangkitan virus yang disebarkan daripada nyamuk kepada manusia.

Pengerusi Kumpulan Penasihat Strategik Pakar Imunisasi WHO, Hanna Nohynek, berkata vaksin Takeda berkesan terhadap keempat-empat jenis virus pada pesakit yang pernah dijangkiti denggi.

“Bagaimanapun, keberkesanannya terhadap virus jenis tiga dan empat pada pesakit yang dijangkiti buat pertama kali belum dapat dipastikan,” katanya.

BHonline-

Tags: vaksin malariawho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd