PETALING JAYA: Sebuah bas Rapid KL yang membawa lapan penumpang berdepan detik mencemaskan selepas kenderaan itu terbakar di Jalan Tandang di sini sebelum pemandunya sempat memberhentikan bas itu dan menyelamatkan semua penumpang.
[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.17 pagi ini.
“Kebakaran membabitkan sebuah bas Rapid KL yang terbakar 90 peratus.
“Bas dalam keadaan berjalan yang mana ketika itu ada lapan penumpang sebelum seorang daripada mereka menyedari ada api,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, pemandu kemudian memberhentikan bas itu di tepi tiang elektrik sebelum semua penumpang berjaya menyelamatkan diri.
BHonline-


