• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Juara Buat Kali Ke-10 Berturut-Turut

oleh Mohd Arshad
28/09/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
JDT Juara Buat Kali Ke-10 Berturut-Turut
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul gelaran Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut selepas menewaskan PDRM FC 4-0 dalam aksi liga di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Kejayaan itu turut menyaksikan JDT mencipta sejarah dalam kancah bola sepak negara apabila muncul satu-satunya kelab bola sepak yang muncul juara untuk 10 musim berturut-turut selepas kali pertama memenanginya pada 2014.

Malah, skuad bimbingan Esteban Solari turut melakar kejayaan `treble’ selepas menjulang trofi Piala Sumbangsih, Piala FA dan terkini kejuaraan liga.

JDT turut berpeluang mengulangi kejayaan `quadral’ musim lalu selepas turut mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Rentak kemenangan anak didik Solari yang mendominasi permainan begitu ketara apabila kerap mengasak ke kubu skuad kendalian Datuk Yunus Aliff sehingga benteng skuad `The Cops’ terpaksa bertungkus lumus mengekang asakan barisan serangan JDT yang diketuai kapten Bergson Da Silva, Heberty Fernandes dan Arif Aiman Hanapi.

Ketika aksi memasuki minit ke-36 Bergson terpaksa akur dengan keputusan pengadil, Fitri Maskon membatalkan jaringannya selepas Matthew Davies yang menyepak bola lintang dari posisi sayap kanan berada di posisi ofsaid.

Namun, itu tidak mematahkan semangat Bergson selang seminit kemudian selepas meledak gol buat JDT apabila menerima bola lorongan Afiq Fazail menewaskan Ramdhan untuk meletak skuad Harimau Selatan di depan.

Bagaikan melepas geram terhadap skuad The Cops yang beraksi secara berkampung, Harimau Selatan menggandakan jaringan pada minit ke-40 berpunca daripada bola umpanan Davies tepat kepada Juan Muniz yang merembat bola kencang menewaskan Ramdhan.

Bersambung babak kedua, PDRM FC hampir merapatkan jurang gol pada minit ke-49 selepas Fakhrul Azim Zulphatah berjaya merampas bola dari kaki Muniz dan pantas merembat bola leret tetapi penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sempat merebahkan badan menangkap bola kemas.

JDT menambah derita skuad The Cops pada minit ke-54 selepas Fitri tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti selepas mengesan Izaaq Izhan Yuswadi menarik Arif Aiman di dalam kotak penalti dan Arif yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan Ramdhan.

Tiada belas ihsan buat PDRM FC apabila anak didik Solari menjaringkan gol keempat perlawanan pada minit ke-57 berpunca daripada bola sepakan lambung Fernandes di kawasan tengah padang menyaksikan pemain gantian Fernando Forestieri melepasi perangkap ofsaid dan merembat bola leret tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan Ramdhan.

Keputusan itu menyaksikan JDT muncul juara liga selepas menang 4-0 ketika aksi berbaki empat perlawanan lagi musim ini.

-Berita Harian

Tags: JDTLiga Super
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Konflik Ukraine: Norway Sumbang AS$32 Juta Kepada Palang Merah

Next Post

Roti Kari Golden Pillow!!

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post
Roti Kari Golden Pillow!!

Roti Kari Golden Pillow!!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd