• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Muda Benam Filipina 4-0

oleh AK-47
09/09/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Harimau Muda Benam Filipina 4-0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara meneruskan rentak cemerlang di bumi Thailand apabila membenam Filipina 4-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan H, kelayakan Piala Asia B-23 2024 sebentar tadi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Kemenangan itu menyaksikan anak-anak buah E.Elavarasan mengutip tiga mata penuh untuk mengumpul enam mata maksimum dalam dua perlawanan, sekali gus mencerahkan peluang untuk ke Piala Asia B-23 tahun hadapan.

Dalam aksi di Stadium Chonburi itu, skuad negara berada di hadapan seawal 27 saat pertama perlawanan menerusi jaringan kapten, Mukhairi Ajmal sebelum T. Saravanan menjadikan kedudukan 2-0 pada lima minit kemudian.

Malaysia yang menurunkan skuad terkuat termasuk menurun Nooa Laine dan Luqman Hakim Shamsudin dalam kesebelasan utama berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-23.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga berakhir separuh masa pertama dan bersambung babak kedua, Elavarasan melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Aiman Afif Afizul bagi menggantikan Luqman Hakim dan Najmudin Akmal mengambil alih tempat Mukhairi.

Ketiadaan Luqman Hakim dan Mukhairi sedikit memperlahankan rentak permainan skuad negara namun, Filipina gagal mengambil kesempatan itu apabila gerakan yang direncanakan mereka berjaya dipatahkan barisan pertahanan negara.

Pada minit ke-62, Saravanan sekali lagi mencetak nama selaku penjaring apabila bijak menyudahkan hantaran Fergus Tierney dari dalam kotak penalti untuk meletakkan skuad negara selesa 4-0 di hadapan.

Kedudukan 4-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan skuad negara akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Thailand dalam perlawanan terakhir Selasa ini bagi merebut slot secara merit ke Piala Asia B-23 2024.

-Utusan Online

Tags: FilipinaHarimau MudaPiala Asia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TIDAK RASMI – Calon PH, Nazri Mendahului Di Simpang Jeram

Next Post

4 Suspek Terbabit Kes Rogol Berkumpulan Sudah Ditahan

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post
4 Suspek Terbabit Kes Rogol Berkumpulan Sudah Ditahan

4 Suspek Terbabit Kes Rogol Berkumpulan Sudah Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd