• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Terbunuh Dalam Kebakaran Gerabak Kereta Api

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
9 Terbunuh Dalam Kebakaran Gerabak Kereta Api
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI : Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh selepas sebuah gerabak kereta api terbakar di Selatan India ketika seorang penumpang cuba memasak air untuk membuat teh.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Gerabak yang terpisah daripada kereta api itu ditempatkan di depoh Stesen Kereta Api Madurai di selatan Tamil Nadu ketika kebakaran tercetus sebelum subuh.

Jurucakap Daerah Madurai, Sali Thalapathi, memberitahu AFP bahawa kebakaran

membabitkan satu gerabak tidak bergerak yang ditempah oleh pengendali pelancong swasta.

Menurutnya, seorang (penumpang) cuba membuat teh dan ia menyebabkan kebakaran.

“Sembilan orang meninggal dunia, tiga daripadanya adalah wanita. Sembilan yang lain cedera tetapi kecederaan mereka tidak teruk.

“Kesemua mayat belum dikenal pasti setakat ini,” katanya.

Rakaman menunjukkan api besar daripada tingkap gerabak kereta api dan beberapa penumpang berjaya menyelamatkan diri.

Laporan media tempatan menyatakan, penumpang menyeludup silinder gas secara haram ke dalam gerabak dan ia meletup apabila mereka cuba menggunakannya.

India mempunyai salah satu rangkaian kereta api terbesar di dunia dan mengalami beberapa bencana sejak beberapa tahun lalu, yang paling teruk ialah pada tahun 1981 apabila sebuah kereta api tergelincir ketika menyeberangi jambatan di negeri Bihar dan terjunam ke dalam sungai menyebabkan 800 orang terbunuh.

Pada Jun lalu, tiga buah kereta api berlanggar dan mengorbankan hampir 300 orang di Odisha.

-Berita Harian

Tags: kebakarankereta apimaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd