• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serah Siasatan Kes Baca Doa Kepada Jawi

oleh AK-47
26/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Serah Siasatan Kes Baca Doa Kepada Jawi
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis menyerahkan siasatan kes lelaki Muslim membaca doa dan ayat suci al-Quran dalam majlis yang turut diadakan upacara keagamaan lain kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerusi Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) akan melakukan siasatan lanjut sekiranya kes itu mempunyai unsur jenayah.

“Namun, setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan ia lebih kepada isu agama.

“Maka, Jawi akan lakukan siasatan,” katanya secara ringkas, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Polis Kuala Lumpur menerima laporan berhubung kejadian itu pada 22 Ogos lalu yang mendorong siasatan dilaksana Bukit Aman.

Jawi pula dilapor berkata, menyiasat secara lanjut amalan itu bagi memastikan ia tidak melanggar pandangan hukum atau fatwa negara.

Jawi berkata, sebarang kesalahan berhubungan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

-Harian Metro

Tags: JAWIKes Baca DoaPolia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd