• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura: Seorang Ditembak Mati Berhampiran Shangri-La Hotel

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang lelaki ditembak mati dan dua ditahan dalam satu kejadian berhampiran Hotel Shangri-La di sini pada 4.36 pagi Ahad, kata polis.

Dalam catatan laman Facebook, polis berkata sebelum itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan berhenti di pusat pemeriksaan kenderaan di Ardmore Park.

Apabila diminta membuka tempat menyimpan barang untuk diperiksa, pemandu kereta berkenaan tiba-tiba memecut ke arah Anderson Road.

Walaupun polis memberi amaran supaya berhenti, pemandu itu merempuh sekatan polis dan membahayakan nyawa para pegawai bertugas.

Untuk mencegah bahaya lebih besar, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta itu dan menyebabkannya berhenti di persimpangan Orange Grove Road dan Anderson Road, kata catatan itu.

Polis berkata, bahan dipercayai dadah ditemukan pada seorang daripada lelaki yang ditahan.

Berikutan itu, Orange Grove Road, Anderson Road dan Ardmore Park ditutup sementara untuk memudahkan operasi polis dan orang ramai diminta menjauhi kawasan berkenaan.

Bersempena Dialog Shangri-La IISS Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-14 yang berlangsung sekarang, langkah keselamatan, termasuk pusat pemeriksaan kenderaan dan orang, diadakan di sekitar Shangri-La Hotel.

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak itu, yang berakhir Ahad. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=ydqsai06VHI

Tags: kes tembakSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd