• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Pesawat: Penantian Keluarga Berakhir, Kini Tunggu Laporan Siasatan

oleh Mohd Arshad
20/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Nahas Pesawat: Penantian Keluarga Berakhir, Kini Tunggu Laporan Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Penantian ahli keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, berakhir hari ini selepas semua 10 jenazah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan di tempat masing-masing.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Bermula dengan jenazah penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung, Kedah, semalam, sembilan mangsa lain dikebumikan secara berperingkat hari ini.

Selepas tiga hari insiden tragis itu berlaku, proses pengecaman dan padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berjaya diselesaikan sehari awal berbanding jangkaan asal, esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata sebanyak 300 sampel cebisan mayat dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA yang membabitkan 30 pegawai patologi dan forensik dalam proses bedah siasat.

Beliau mengesahkan tiada lagi mana-mana individu yang terbabit dan terkorban selain daripada 10 mangsa itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Turut tersenarai dalam pesawat itu ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37; Khairil Azwan Jamaludin, 43; Shaharul Amir Omar, 49; Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41.

Dua lagi adalah orang awam iaitu Muhammad Hafiz dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian.

Ketika insiden, pesawat jenis Beechcraft 390 Premier 1 itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan sudah mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.48 petang.

Polis menyiasat kes itu sebagai mati mengejut, namun bagi Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), siasatan insiden berkenaan akan dilaksanakan dari aspek nahas terbabit.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata alat perakam suara kokpit (CVR) yang ditemukan daripada pesawat dihantar ke BSKU pada 18 Ogos untuk dianalisis.

Tumpuan kini adalah laporan awal siasatan nahas seperti dimaklumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang akan disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh insiden nahas udara itu.

Menurut MOT, siasatan teknikal berdasarkan Lampiran 13 – Kemalangan Pesawat dan Siasatan Insiden, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sudah dimulakan oleh pasukan BSKU dari tarikh kejadian kemalangan.

Bernama-

Tags: Laporan Siasatannahas elmina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengaktifan Tanpa Sengaja ‘Lift Dump Spoiler’ Oleh Kru Penerbangan Punca Nahas Pesawat

Pengaktifan Tanpa Sengaja ‘Lift Dump Spoiler’ Oleh Kru Penerbangan Punca Nahas Pesawat

16/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan akhir mengenai nahas pesawat Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah...

Pengasas Tukaran Mata Wang Kripto Turkiye Dihukum Penjara 11,196 Tahun

Laporan Awal Nahas Elmina Didedah Jumaat Depan

09/09/2023
0

KLANG: Kerajaan akan mendedahkan laporan awal nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas 17 Ogos lalu di Persiaran Elmina, Shah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd