Kuala Lumpur : Jet Valet Sdn Bhd yang juga syarikat pengendali bagi pesawat terbabit nahas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor, mengesahkan menerima laporan mengenai insiden berkenaan.
(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)
Syarikat itu menerusi kenyataan media bagaimanapun memaklumkan pihaknya ketika ini masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai insiden terbabit.
“Jet Valet akan memberi sepenuh komitmen dan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan berhubung insiden terbabit.
“Syarikat ketika ini tidak dapat mengesahkan sebarang butiran lain secara rasmi termasuk kemalangan jiwa kerana menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.
“Segala maklumat dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ketika pesawat terhempas, ia dilaporkan merempuh masing-masing sebuah kereta dan motosikal.
-Harian Metro


