• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maradona Buka Kedai Emas Di NU Sentral

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dan rakan niaganya dari India, Boby Chemmanur, melancarkan kedai emas ke-37, ‘Boby & Maradona Gold Diamond Jewellery’, di sini hari ini.

Maradona, yang memakai jersi biru bersama-sama bintang filem India, Karisnma Kapoor merasmikan cawangan pertama di rantau Asia Tenggara, di pusat beli-belah NU Sentral di sini.

Sejumlah 1,000 orang berkumpul di pusat beli-belah itu untuk melihat legenda bola sepak dunia itu dan bintang Bollywood tersebut.

Sementara itu, Boby, yang juga Pengerusi dan Pengarah Urusan, Chemmanur International Jewellers, berkata keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan kemas di cawangan tersebut akan disumbangkan kepada rumah kebajikan di Malaysia.

“Secara langsung, kami tidak akan menerima sumbangan derma tetapi sebaliknya anda perlu membeli emas dan berlian untuk menderma,” katanya kepada pemberita selepas perasmian kedai tersebut.

Beliau berkata penglibatan Maradona dengan kerja-kerja amal akan menjadi inspirasi kepada orang lain untuk membuat sumbangan kepada badan-badan amal.

Beliau berkata syarikat itu, yang mempunyai cawangan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan majoriti di India, telah memilih Malaysia untuk cawangan pertama di rantau ini kerana rakyat Malaysia dikenali sebagai “sangat baik dan pemurah dalam soal membuat amal”.

Maradona, yang bermula sebagai duta jenama untuk Boby Chemmanur International Group, kemudian menjadi rakan perniagaan Boby. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tan Sri Ahmad Badri Pengerusi Baharu FELDA

Tan Sri Ahmad Badri Pengerusi Baharu FELDA

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir sebagai Pengerusi FELDA yang...

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming didakwa berasa dirinya seperti 'rockstar' tanpa menyedari banyak ucapannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd