• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Perlu Enam Mata Lagi

oleh Mohd Arshad
11/08/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
JDT Perlu Enam Mata Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Berdasarkan jurang 14 mata sedang dinikmati pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini, mereka boleh diibaratkan hanya menunggu masa untuk mengangkat trofi Liga Super.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Jurang 14 mata itu juga memberi petunjuk betapa skuad bimbingan Esteban Solari itu boleh bermain ‘bunga api’ lebih awal dan tidak perlu menunggu sehingga penghujung musim nanti.

Berjaya menghimpun 57 mata hasil 19 kemenangan berturut-turut dengan terbaru membelasah Sabah 5-1 Rabu lalu, skuad Harimau Selatan dilihat hanya memerlukan enam lagi mata untuk bergelar juara buat kali ke-10 berturut-turut.

Justeru, dua aksi berdepan Perak FC di laman sendiri dan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman bakal menjadi tumpuan dalam misi mereka mengesahkan kejuaraan lebih awal.

Namun, mereka boleh bergelar juara lebih awal daripada perancangan jika pasukan di tangga kedua, Selangor FC (SFC) yang beraksi lebih satu perlawanan berbanding JDT keciciran mata ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC).

Jika JDT dan SFC masing masing berjaya mengutip enam mata daripada dua perlawanan selepas ini, JDT dinobatkan sebagai juara Liga Super ketika berdepan PDRM FC, bulan depan.

Ini kerana JDT ketika itu sudah menghimpun 63 mata dan SFC dengan 49 mata sekali gus meninggalkan jurang 14 mata antara kedua-dua pasukan terbabit.

Bagaimanapun, skuad ‘The Red Giants’ hanya memiliki baki empat perlawanan, jadi hanya 12 mata yang boleh diraih mereka dan tidak cukup mengatasi jurang mata terbabit.

Selain itu, menarik juga untuk menyaksikan berapa banyak mata bakal dihimpun JDT pada penghujung musim ini.

Jika mereka berjaya memenangi semua 26 perlawanan pada musim ini, mereka mampu mencipta rekod baharu dengan 78 mata sekali gus menjulang Liga Super dengan rekod sempurna.

-Berita Harian

Tags: JDTLiga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd